Apabila kita di lihat di dinding – dinding rumah maupun restoran makanan yang khas akan islami nya, kita pasti melihat pigura tergantung ayat 1000 dinar yang tulisannya dapat kita baca dari jauh. Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq.
Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Dan ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, dan idealnya dibaca selepas sholat fardhu.
Malangnya, pendekatan sebahagian orang
mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, mengandungi dua pengajaran yaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal.Tujuan menghapalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari. Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik segala doa untuk segala masalah. Banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi mampukah kita menghafal ke semua doa-doa tersebut. Hanya segelintir diantara kita yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan.
Berikut ini link video yang saya dapat dari youtube, ayat 1000 dinar dan terjemahanya
Semoga bermanfaat bagi sesama umat muslim..
4 komentar:
sip infonya
salam blogwalking
hmsf08.blogspot.com
sama sama sobat..semoga sehat selalu
Pena hadir dan absen sore sobat...terima kasih telah mengingatkan
Kunjungan silaturahmi malam sambil membaca dan mendapatkan ilmu di sini.
Terima kasih sahabat ats berbagi artikelnya
Posting Komentar